Peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai penerangan s41
Dalam Peperiksaan pegawai penerangan akan diketogerikan
4 seksyen iaitu:
1: Pengetahuan Am
2: Daya menyelasaikan Masalah
3: Esei Bahasa Melayu
4: Esei bahasa English
Seksyen A (Pengetahuan Am)
Menguji pengetahuan calon terhadap tanggungjawap pegawai penerangan dalam merancang melaksana menyelaraskan dan menilai program pendidikan kesihatan:
Seksyen ini ia berkaitan dengan isu-isu awam teknologi maklumat dan komunikasi
Masa: 40 minit
bilangan Soalan: 50
markah: 30
Contoh Soalan:
Apakah laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia?
A www.moh.gov.my
B www.kkm.gov.my
C www.kesihatan.gov.my
D www.mygovernment.gov.my
Contoh Jawapan A
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
(i) Logik untuk Menyelesaikan Masalah;
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(i)Dalam seksyen ini calon akan diberikan permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan acara, pengurusan media dan perhubungan awam. Calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untuk menyelesaikan permasalahan yang diberikan.
Logik untuk Menyelesaikan Masalah
(ii)Calon akan diberikan data atau jadual yang menggunakan pelbagai perangkaan. Daripada perangkaan ini calon dikehendaki menganalisis data atau jadual yang diberikan dengan menggunakan kaedah seperti carta pai, carta bar atau graf.
Kemahiran Menginterpretasikan Data
Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas
CONTOH SOALAN :
Golongan warga emas telah menabur bakti kepada kemajuan negara. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan hidup mereka terbela.
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas
CONTOH SOALAN :
Education comes not from books but from practical experience. Discuss.
HlhVUgR04vsZicAV-ngiCLrO-_E
ReplyDelete