TIPS Exam Penolong Akauntan Gred W27
Tinggal 5 Hari sebelum Jualan Ditutup
-->
Jika dilihat dari sudut yang positif, ianya sangat bagus kerana akan lebih ramai calon yang berkualiti menjawat jawatan kerajaan (setelah ditapis dengan 3 peringkast saringan)
04 Julai 2013 ini, ribuan calon dipanggil untuk menduduki peperiksaan Penolong Akauntan Gred W27.
Untuk makluman, peperiksaan Gred 27 adalah jauh lebih mudah berbanding Gred 41. Jika jawatan Akauntan W41 mempunyai 5 seksyen dalam peperiksaan bertulis, Penolong Akauntan W27 HANYA mempunyai 2 Seksyen dalam ujian bertulis!
Lebih mudah kan? Tetapi harus diingat, ianya tidak semudah yang disangka juga. Mari kita lihat format soalannya;
Seksyen A. Calon diberikan 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Seksyen ini sangat luas skopnya mencakupi soalan melibatkan isu semasa, alam sekitar, sukan dan lain-lain. Jika mahu ditanya apakah rujukan KHAS untuk berjaya dalam seksyen A, saya katakana TIADA! Ianya bergantung kepada kepekaan anda terhadap isu semasa, pembacaan dan pengalaman. Manakan tidak, pernah ditanya dalam Seksyen A tentang siapakah Ketua Hakim negara pada sekian-sekian tahun! Anda ingat semua Ketua Hakim negara? Ianya adalah persoalan, “anda tahu atau tdak tahu”...
Seksyen B. Calon diberikan masa 45 minit untuk menjawab 40 soalan. Seksyen ini anda boleh merancang kejayaan anda kerana skop soalan adalah lebih terkawal berbanding seksyen A. Soalannya berkisar soalan logic, kebolehan anda interpretasi data dan juga soalan Matematik silibus tak lebih dari SPM. Sedikit susah tetapi anda tahu apa yang perlu anda asah. Fokus... itu kuncinya!
Jadi bagaimana dengan persediaan anda untuk kedua-dua seksyen ini? Peperiksaan hanya akan mengambil masa separuh hari sahaja.
Ambil masa dan manfaatkan persediaan anda ke tahap yang paling baik. Buat persediaan sehabis baik. Jika boleh dicadangkan rujukan yang boleh anda rujuk, suka untuk saya cadangkan Rujukan Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan W27 yang diterbitkan oleh Infokerjaya Resources. Mereka adalah ‘Team Tipsptd’ jika anda masih ingat, yang telah membantu ribuan calon menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan Awam.
Anda boleh rujuk di >>> http://tinyurl.com/PenolongAkauntans
No comments:
Post a Comment