Masukan Email Untuk Update Percuma:

Email Anda Sahaja

Friday, 28 June 2013

Tips Untuk Calon Terpilih Exam Penolong Akauntan W27

6 Tips Untuk Calon Terpilih Exam Penolong Akauntan W27

Jangan gemuruh

Apabila terlalu gemuruh, maklumat yang ada di kepala anda hilang dan tidak keluar. Anda mungkin memandang remeh isu ini tetapi inilah hakikat yang berlaku. Seringkali ada sahaja calon yang berpeluh satu badan dan tak senang duduk semasa exam lantas pulang awal sebab tak mampu lagi meneruskan exam tersebut.

Jangan cuai.

Calon tersesat dan tak jumpa jalan ke tempat peperiksaan ataupun tersekat dalam traffic jam lalu lewat ke tempat peperiksaan. Ada juga lupa peralatan yang diperlukan termasuk IC dan lain-lain, tersilap masuk dewan peperiksaan, berada ditempat yang salah dan lain-lain. Semua ini perkara remeh dan tak sepatutnya berlaku kepada anda. Siapkan diri anda awal-awal, ini adalah persediaan fizikal yang perlu diselesaikan awal. Kalau boleh anda pergi melihat tempat peperiksaan sehari awal atau sebelum peperiksaan, jadi anda tak gelabah tersesat dan sebagainya.

Jangan terperanjat dengan soalan yang ditanya.

Soalan terlalu banyak, diluar jangkaan, masa terhad dan sebagainya. Dalam kata lain ianya disimpulkan sebagai calon gagal sebab tak tahu format dan bentuk soalan yang bakal ditanya. Fahami dan tahu apa skop yang bakal ditanya juga jumlah soalannya supaya anda dapat ‘bajet’ masa anda untuk peperiksaan ini. Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti, tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya.

Buat persediaan rapi.

Ini faktor umum kegagalan dalam apa bidang sekalipun. Terlalu yakin atau sekadar pergi mencuba nasib merupakan attitude yang berbeza tapi menyumbang ke satu natijah yang sama iaitu KEGAGALAN. Satu fakta yang anda kena tahu ialah, jumlah calon yang layak menduduki peperiksaan bertulis setiap tahun ialah lebih kurang antara 70 ribu ke 80 ribu orang dan calon yang dipanggil ke sesi temuduga adalah sekitar 6 ribu ke 7 ribu calon sahaja. Jadi soalan yang dirangka ialah untuk menyingkirkan hampir 90% calon yang menduduki peperiksaan!!

Study panduan yang betul

Jika anda ingin lulus exam kena buat persediaan awal,dapatkan panduan atau rujukan untuk study,ini memudahkan anda menjawab soalan dengan tenang dan tidak ketakutan

untuk rujukan "Penolong Akauntan W27" rujuk sini => http://tinyurl.com/PenolongAkauntans

No comments:

Post a Comment